Monday, February 17, 2014

1st entry 2014

Salam..

Wah! Hampir setahun tak jenguk blog ni. Ingatkan dah nak berkubur... Kesiannya kat blog..

Maklumlah dah makin tua makin kurang nak melayan benda-benda alah dunia fantasi ni, Cewah! =P

Ini first entry untuk tahun 2014. Tahun 2013 dah berlalu meninggalkan kita dah hampir 2 bulan. Macam-macam berlaku dalam tahun 2013 kat diri saya ni. Perkara yang mematangkan mungkin? InsyaAllah... Segala apa yang saya lalui dalam tahun 2013 akan saya jadikan panduan, penglaman, pengajaran..

Dari tahun 2013 saya kesibukan mencari kerjaya. Berbagai-bagai usaha, mencuba bermacam-macam kerja, mencari keserasian, mencari keselesaan dan mencari pendapatan. Tahun 2013 'baby pink' saya dicuri orang, itipu memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Betul-betul memberi pengajaran namun saya yakin ada hikmah disebaliknya. Dan disinilah saya sekarang. Alhamdulillah...Semoga keselesaan ini berkekalan selamanya dan mendapat rezeki yang lebih murah.InsyaAllah,.


Tahun 2013 juga saya berjaya mencapai impian saya untuk memiliki aset sendiri. "Baby white" dikeluarkan awal tahun 2013. Sekarang dah genap setahun beliau berkhidmat untuk saya. Syukur..Semuanya rezeki dari Allah s.w.t.. DIA yang memperkenankan doa dan impian saya. Dalam ketidakstabilan hidup dan risiko yang saya ambil untuk memiliki "baby white" saya dapat bertahan juga sampai setahun. Allah ettap memberi rezeki buat saya untuk masih bersamanya. Sekarang Alhamdulillah dah stabil.. Semoga segalanya ini akan berkekalan..

Hmmm... Oklah daripada melayan emosi terlebih-lebih baik saya berhenti di sini.. Kalau tak sedar-tak sedar panjang berjela pulak nanti.hehehehe.. K bye!


Thanks for reading!

Saturday, March 16, 2013

So Sweet.......!

Salam..

Rakan-rakan sekalian kini saya telah kembali menjual tudung-tudung terbaru. Maka dijemputla semuanya untuk LIKE page facebook tudung terbaru saya THE SWEET TUDUNG  dan instagram @thesweettudung


Anda bolehlah membuat pesanan dan jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh lah terus pm kepada kami di page the sweet tudung atau email ke thesweettudung@gmail.com

Nantikan stok baru daripada kami dan anda semua dialu-alukan untuk memberi sebrang pendapat, pandangan, cadangan dan perkongsian kepada kami.

Jangan lupa like tau! :) xoxo
Thanks for reading!