Friday, November 12, 2010

Ulat @Semut Cali@Charlie

Salam semua.. Korang pernah dengar tak nama semut cali? saya pertama kali dengar nama semut ni. cali?? macam pelik je.. pernah dengar ni pun sebab ada sorang kawan post status di facebook. die kata ada semut cali kat rumah sewa dia! semut cali?? apa tu?? tak pernah dengar! siapakah beliau? artis ke? ensem ke? kacak ke? kalo kacak saya nak ngorat. hehe.. tapi malangnya dia hanyalah seekor semut yang JAHAT!! mengikit description dari kawan saya cik mai tu die kata semut cali ni rupanya berbelang-belang, pastu macam kerengga, pastu ekor die macam kala jengking.

Disebabkan rasa ingin tahu yang tingi terhadap semut cali ni, saya pun bertungkus-lumus search kat google nak tengok macamana rupa si semut cali tu. dengan berbekal kan keyword 'ulat cali ' ini yang saya dapat..








Alamak cik google saya nak cari semut bukan nak cari ulat bulu.. sapa suruh kau guna keyword ulat, nah cik google bagi la gambar ulat kat kau kan. kau la ni mai, panggil ulat cali aku pun guna la keyword ulat cali. lain kali panggil la semut coli cali. hehehe.. tapi kan cantik+comel kan ulat bulu tu!



semut kat kampung lama saya


Kemudian dengan semangat saya menemuramah kawan saya untuk mendapatkan info ulat@semut cali ni. rupa-rupanya memang jahat la semut cali ni! bak kata mai, sekali dia gigit merana seumur hidup. fuh!! dasyat penangan si semut cali ni. tapi itula kenyataannya... percayalah!!!!! semut cali ni biasanya banyak di kawasan-kawasan padang rumput, sawah-sawah padi, hutan-hutan. die ala-ala semut api. tapi kalo sekali kene gigit kita akan dapat memiliki kesan parut macam bekas parut kene toreh dengan pisau. ish3.. jahat kan semut ni.. tak caye?? tengok ni kesan orang yang kene gigit dengan semut cali..

gambar hiasan

ni la rupa si penjahat itu! sumber: Google





Dari cerita seorang kawan katanye kawan dia pernah bengkak kat mata sebab kene gigit dengan semut ni. So, anda hendaklah berhati-hati dengan spesis semut ni. kalau tidak merana lah anda seumur hidup dapat hadiah parut cantik dari dia. sori semut cali.. jangan gigit saya ye sebab saya buat entry kutuk-kutuk awak ni. hehehe.. kalau la semut cali pandai baca blog =)



Ini sedikit info tentang semut cali:

Nama Am : Kumbang Rove
Nama Saintifik :Class : Insecta,Order : Coleoptera Spesies : Paederus fuscipes Curtis Nama Tempatan : Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dll. Bilangan Spesies : Dianggarkan sekitar 47,000 spesies


MORFOLOGI Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, kumbang ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.


HABITAT & TABIAT PEMAKANAN Kumbang ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dll. Ia merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , kumbang ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.

KESAN PADA MANUSIA Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.

NASIHAT KEPADA YANG DIJANGKITI
Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.

sumber: JiwaNiaga

p/s: semua perkataan yang di bold serupa dengan cerita kawan-kawan saya. terbukti info tersebut benar ye bukan rekaan semata-mata..lalalala :)


*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*゚¨゚✎・ ✿.。.:*
Thanks for reading!

17 pengkritik:

Miza Yusof said... [Reply]

omg teha, teruknya. miza pun dah kena dengan charlie ni. sampai sekarang parut tu masih ada. jaga-jaga jangan sampai kena muka yaa.

semoga cepat semobuh.

teha said... [Reply]

miza..tu gambar hiasan je..bkn teha yg kene.hehehe..mitak dijauhkan...

Sophia Rani said... [Reply]

uishh.. teruknya...
boleh jd berparut cm tu skali..??

thanks for info.. baru tahu ni.. heehe

Nieylicio Kerolicio said... [Reply]

owh.. ini upenye binatangnye.. x penah tgk plak b4 nih..

mizzura said... [Reply]

uu..dulu waktu kat kolej pernah terkena...memang susah nak hilangkan parut tu...even dah kering pun still dalam tu luka lagi...tapi ada roomate suggest satu cream yang quite ok...tp sori lah lupa nama. the best part ialah...amik selotape dan tampal charlie itu..kerana itu sahaja cara nak matikan menatang nih..adoi...

N said... [Reply]

erkk. nampak mcam sakit je,panjang bekasnya.1st time tahu pasal binatang ni

teha said... [Reply]

mizzura- tampal dgn salotape??hahaha!!
N- tula.. first time dgr...gerun kan!

♥ p a A n i ♥ said... [Reply]

matrix aku banyak sungguh cali nieee~~~ hehe
die dtg masa sume tgh bz stay up mlm2..study.. sbb suke lmpu kot cali tu kan.. bahaya seyy... kwn aku kene kt muka..dia malu nk pi kelas. sian dia

syAzAnA said... [Reply]

ishh2. seriau dah. geli pun adee. huhu. semut charlie, anda jahat! grrr

::cikserai:: said... [Reply]

cikserai penah kena. serius pedih. diorang pon pandai carik port nak gigit. slalu kena kat tmpat yg org nmpk especially kat muka. kalau tanye student uitm penang, confirm dorang tau pasal benda ni.

hudhud said... [Reply]

babeeee, pinjam articel ni eh. i nak buat post kt blog pasal memori di matrix penang haha :P

teha said... [Reply]

@hudhud: orait hudhud.. jgn lupa link sekali ek.hahaha

Anonymous said... [Reply]
This comment has been removed by a blog administrator.
Liyana Lunia said... [Reply]

datang belog teha ternampak post ini, warghh ngeri betul bacaaa T____T harap dkt ukm xde la minatang ni huhu

teha said... [Reply]

@Liyana Lunia wah ynn! insyaAllah takde..selamat menjadi warga ukm :)

ainaabu said... [Reply]

Sy baru je tkena dgn semut cali ni.dh la bwh mata.nsb bukan kat mata.time tdo dia dtg kat bantal rasanya.bgn pg tgk2 sakit je.xgatal pun tp sakit gile.sapa yg nk tau,jgn picit atau tenyeh sbb dia akan dtg bwa geng.ni cite betul.

sukague.com said... [Reply]

tomcat itu berbahaya sekali