Monday, August 1, 2011

TIPS: Mengatasi Blog Berat Dan Lambat Loading

Ramai orang yang pentingkan keringanan blog untuk blogwalking kan? Lagi-lagi yang online guna broadband yang dah habis limit. Memang menguji kesabaran la nak tunggu satu-satu blog tu habis loading. Silap-silap terus tutup. Cancel la nak blogwalking!


Tapi korang tau tak apa punca blog tu jadi berat? Ada yang dah tau ada jugak yang tak tau kot.. Takpe yang dah tau tu kite tambahkan pengetahuan, yang belum tau tu cepat-cepat la amik tau ye..

Sesuatu blog tu berat mungkin disebabkan perkara-perkara macam ni:

  • Widget Follower - Widget ni memang berat. Seeloknya, letak dekat sidebar bawah sikit. Ada yang letak bawah header. Bahaya tu. Kalau lambat loading widget tu, entri korang pun lambat keluar.
  • Entri Halaman Depan - Tak payah lah letak sampai 10 entri dekat page depan blog korang tu. Cukup 1-3. Kalau takut orang tak baca entri lepas, pasang Blog Archieve atau Recent Post.
  • Bloglist - Cukup 1 atau 2 je senarai bloglist korang tu. Tak payah sampai 5 kategori. Memang blog jadi berat secara mendadak punya.
  • Template - Template blog tu yang memang lembap. Kita boleh preview dulu mana-mana template yang kita nak guna, untuk test tahap kelembapannya. Lebih baik ambik templat yang biasa-biasa je tak payah complicated sangat.
  • Background Blog - Hati-hati ye dengan pemilihan background blog. Warna blank adalah sebaiknya terutama putih.
  • Javascript - Javascript ni yang selalu korang buat add a gadget (HTML/Javascript) tu. Jangan banyak sangat. Blog akan jadi berat gile-gile.
  • Gambar - Gambar yang dimaksudkan ni ialah pada sidebar atau dalam entry. Mungkin sebab gambar tu belum dicompress, tu yang buat jadi load lama.Tak salah nak letak gambar, cuma berpada-pada lah. Kalau yang sekeping dah saiz 200++KB, macamana dengan 5 lagi gambar yang lain? 
  • Header - Header penting untuk menarik perhatian pengunjung dan mencantikkan blog. Tapi jangan guna header yang terlalu besar saiznya. Nanti lambat nak loading. Lebih kurang macam gambar yang bersaiz besar la jugak.
  • Widget/Gadget - Letaklah widget yang berguna sahaja . Seperti recent posts, blog archieve, followers, bloglist, popular posts, shoutbox. Yang terbang-terbang, lompat-lompat, kelip-kelip tu tak payah la ye.


Itu la antara punca-puncanya.. Renung-renungkan dan selamat beramal.. Then, kalau korang nak uji lambat tak lambat loading blog korang boleh la ke SINI. Tapi saya rasa keadaan kelajuan internet korang mempengaruhi result jugak kot. Loading blog aku sekarang ialah 7.346 second! Tapi tak taula pada orang lain berat ke tak sebab saya ada mekap sikit blog ni. Kalau rasa berat agak-agak apa yang korang nak saya buang? Ada orang kata berat ada orang kata ok je. Saya pun sedang berusaha minimize apa yang patut kat blog untuk jadi ringan macam kapas >_<



credit to: sini, sini dan sini
kalau nak lebih banyak info kat sini blh membantu :)

Thanks for reading!

13 pengkritik:

M Firdaus Mohd said... [Reply]

hehe, daus punya 8.158 sec, dengan memakai bb maxis, kalau pkai unifi tak sampai 2 sec kot.haaha.
selamat berpuasa! :)

BroZooL said... [Reply]

kalau boleh,widget yg berat2 seperti shoutbox dan bloglist disembunyikan ke page yg lain supaya tak mengganggu homepage..

teha said... [Reply]

@M Firdaus Mohd selamat berpuasa!

teha said... [Reply]

@BroZooL o yeke? shoutbox brt ek bro zool?

padin said... [Reply]

hehe 8.7 saat.. umm betul juga, bergantung kepada total request dalam homepage kita, size pun amik peranan blog aku dalam 400kb aje hee

CIK FERRA AWW said... [Reply]

OK TENKS. NICE INFO. TAPI HEADER TU NAK IKOT UKURAN APE EK YG TAK BERAT? UKURAN PINGGANG KER HEHHEHE

тαк кenαl мαкα тαк cнεηтα ™ said... [Reply]

nice info. erm, blog sy berat tak ? hehe

laskar pelangi said... [Reply]

info yg berguna;)




salam ramadhan !

faridah nazurah said... [Reply]

thanks bg info cmni. blog sy berat tak?

~Kirin Selama Perak~ said... [Reply]

terbaik.
terima kasih kerana berkongsi.
:)

teha said... [Reply]

@~Kirin Selama Perak~ sama2..sharing is caring >_<

BroZooL said... [Reply]

shoutbox tu yg berat sebenarnya teha..kalau boleh disimpan ke page yg lain..

Amni said... [Reply]

saya? tak pernah timbang.. tapi mcm ringan.. ringan ke? cuba singgah.. hiks...