Tau apa itu kidal? Kidal adalah orang yang lebih prefer untuk menggunakan tangan kiri berbanding tangan kanan dalam segala perkara yang menggunakan tangan. Ok saya tau semua orang pun tau apa itu kidal. Ada tak orang yang panggil situasi ni dengan perkataan lain selain kidal? Kalau ada sila la share di sini ye :)
Di sini saya nak share la sedikit info mengenai tangan kidal..
Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.
Rumusan:
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dapat dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa unutk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.
Mostly bersetuju jugak dengan rumusan tersebut. Memang betul lebih ramai lelaki yang bertangan kidal berbanding perempuan kan. Perasan tak? Ini apa yang saya nampak di sekeliling saya la. Berdasarkan info ni, sebab tu la lelaki lebih cenderung suka pada muzik macam pergi jamming, melukis, dan jugak mereka ni pandai! Dalam kelas masa kat sekolah dulu ada sorang yang macam ciri-ciri saya sebut ni. Orang panggil dia Rimpa..
p/s: harap-harap Rimpa tak baca ;p










12 pengkritik:
sy kidal! :D
btul..sy pun kidal..suka muzik dan jamming..
lelaki kidal nampak macho habessshh..ahaha..tibe2 jek :P
i pn kidal jgk...
dlm fmly i sorg je kidal...
bangga kot...kikiki...
done follow u teha...
owh ada pulak hari kidal sedunia eh.hehehe
hi teha..akak pon kidal jugak.tp x pandai main muzik pon..tiup recorder masa skola rendah dl tu adela.huhu
i'm one of left-handed person ;)
dan apa yg sis mentioned di atas adalah benar..there are more boys yg kidal..;)
2 adik beradik saya pun ada yang kidal.. :)
Alaaaaaaaaaa, MTT tak kidal ! :(
Hehe :D
owh.. aku pun kidal juga.. ;)
Yes!! aku pom kidal..
menyebok dekat entry lama boleh? sy kidal. tp xguna right brain byk, sy left brain. sy si kidal yg pelik. hihihi. but ada juga lah guna right brain, but mostly left.
Post a Comment