Current Promotion

Thursday, September 22, 2011

Segmen Mari Bergosip: Fida Buka Tudung

Salam..


Wah tajuk tak boleh blah! Macam mami jarum pulak..


Asal masuk beautifulnara je mesti mood nak bergosip tu kuat.. 


Serang beautifulnara!


Hari ni nak bergosip pasal Fida Kasih Alia yang bercinta dengan Mamat Sepah tu.. Tapi tak nak cerita pasal kisah konflik cinta diorang yang mengarut tu. Tak berminat nak ambik tau pun. Tapi nak gosip-gosip pasal kisah Fida bukak tudung.


First time baca artikel ni tak terkejut pun sebab dalam Kasih Alia pun selamber badak je peluk-peluk, salam cium-cium tangan dengan pelakon laki. Ala dekat luar pun berlambak-lambak jugak perempuan bertudung yang tudung diorang macam biskut chipsmore. Jadi tak boleh nak marah Fida sebab die pilih untuk jadi macam perempuan-perempuan kat luar-luar sana. Tapi bagi pendapat saya, sebagai public figure si Fida ni kene la jaga sikit adab tu kalau nak orang respek kat die sebagai ikon muslimah..



Tapi yang tak boleh blah kenyataan si Mamat yang berbunyi (amik kat beautifulnara):
Saya mengakui itu adalah salah saya tetapi sejujurnya saya tidak berniat untuk mengaibkan nama baik Fida pada mata masyarakat. Dia adalah seorang gadis yang baik. Semasa kejadian Fida di dalam kereta dan secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata. Tanpa berfikir panjang saya terus memuat naik gambar tersebut di laman Facebook milik saya. Saya sangat berharap perkara ini tidak melarat kerana takut orang akan mengatakan saya telah mengubah Fida melakukan perkara tidak baik sejak berkawan dengan saya.

Nak buat kenyataan pun bagi la yang educated sikit. Paling tak logik ayat ...
secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata.

Boleh pulak boleh tak perasan Fida buka tudung sebab tak pakai cermin mata sampai tak kenal tudung dengan rambut. Wah kau ni rabun tahap kritikal ke Mamat Sepah?? Agaknya sebab dia pakai cermin mata hitam kot. So, die ingatkan fida pakai tudung warna hitam mungkin? 


Saya suka Fida sebab dia comel tapi bila perangai dia dah tak macam Fida yang saya sangka buatkan saya akui kata-kata orang yang Fida ni hipokrit. Ops bukan saya kata orang yang kata ye.. Kenapa Fida makin teruk sekarang? Dulu pernah ada orang tegur Fida letak gambar kat FB nampak leher. Tapi ni memang dah terang-terang tunjuk leher kat orang ramai. Why Fida why??



Fida oh Fida.. Nak suka kat Diana Amir pulak la lepas ni. Alhamdulillah Diana Amir pun dah bertudung sekarang. Makin ramai pulak artis wanita yang bertudung sekarang ye.. Bila Lisa Surihani nak bertudung? Mesti comel!



Thanks for reading!

3 pengkritik:

suhada said... [Reply]

yg plg aku suka tetap heliza helmi ngn wardina jer

Amoi MiyaSya said... [Reply]

alhamdulillah , bertudung dah diana amir. hopefully kekal .
btw, pasal fida ni , tak tau la . sebab tengok berlakon pun tak mcm heliza yg jaga batas.

nik rosmawati said... [Reply]

siti nurdiana pun dah bertudung kan.hidayah Allah ade di mana2.

Entry Menarik Hari Ini