Dah lama betul tak update entry.. Tengok la post bulan september ada 2 je banding dengan bulan August. Nampak sangat pemalas nak update kan! Takpela tak update pun bukan ada orang nak baca.. sobsob.. (merendah diri la konon..)
Akhirnya cuti selama 4 bulan untuk student degree dah habis. Kejap je kan! Tido makan, makan tido. tido makan dah habis cuti. Kembali la semula kau sabagai seorang student. Welcome back to Dungun Teha! Bila dah lama bercuti ni mula la rasa liat je nak pegi kelas. Nak bangun pagi.. Nak ngadap buku dan assignment.. Yela kat rumah stok tido tengah malam bangun tengahari. Macam dah tak geti nak beza siang dan malam. Sekarang honeymoon kau dah habis Teha. lalalala~ Sem ni sem terakhir saya di Dungun. Yahooo! Tak sabar nak menghabiskan saki baki sem yang terakhir ni. Lepas ni bolehla searching for a job. Doakan saya mudah dapat kerja ye kawan2..
Balik Dungun hari tu saya naik bas Sani Express tau. Ni kali kedua saya naik bas Sani. As we known, bas Sani ni mahal sikit pada bas lain sebab tu kurang menjadi pilihan utama saya. 1st time naik bas Sani dari Kelantan-KL. Masa tu ada offer jadi harga die sama dengan bas lain. Masa tu memang rasa macam best sangat bas Sani ni. Sebab dekat setiap seat dia ada letakkan majalah berkenaan syarikat bas tu. Dengar memangla boring kan? Tapi sementara menunggu bas tu nak jalan belek2 majalah tupun boleh menghilangkan kebosanan. Bas lain ada?? Selama pengalaman saya naik bas lain tak pernah ada pulak majalah2 bagai ni.
Untuk 2nd time nak naik bas Sani ni terpaksa bayar dengan harga yang lebih RM7 dari bas lain. Dah takde offer. Dalam hati erm... Rugi jugak RM7.. Tapi nak buat macamane sebab bas lain macam tak meyakinkan sebab tak pernah naik. Kali ni punya bas nak cakap kat korang memang berbaloi-baloi! Tak kisahla korang nak cakap saya ni 'jakun' ke apa ke tapi memang superb la. Majalah dah pelbagai. Mungkin ditambah oleh pembersih bas. Dekat setiap seat ada mini tv dan disediakan 1 headphone. Mula-mula ingatkan orang saya minta tukar tempat duduk tu tertinggal. Nasib baik tak tanya 'Awak, ni awak punya ke?' Kalau tak setepek malu datang kat muka saya yang ayu ni.kahkahkah!
Dekat tv tu kita boleh tengok wayang. Janganlah expect wayang macam TGV atau GSC ok! Ada disediakan latest punya filem. Filem melayu ada, inggeris ada, cina ada, kartun pun ada. Kemudian ada jugak lagu-lagu melayu, inggeris,dan lain2. Lagi ada jugak disediakan bacaan ayat suci Al-Quran. Barula berkat sikit perjalanan kite ye tak? Rasa-rasa selama ni kurang buat pahala eloklah dengar bacaan al-Quran sepanjang perjalanan 6 jam tu. Berganda-ganda pahala dapat.
Sempat jugakla saya layan citer Alice in Wonderland dan 3,2,1 Cinta. hahaha.. Ada sorang tu saya tengok dari KL-Dungun dok layan movie cina. Tak tido agaknye.. Lepas tu kalau rasa-rasa tengah gayut/sms awek tiba-tiba bateri empty bolehla terus charge handphone anda. Ala macam dalam kereta tu. Canggih kan!
Pergh.... Feel rasa macam naik flight MAS je tau. Over tak?? keh3.. Dengan lebih RM7 sahaja anda boleh dapat peluang menikmati suasana menaiki kapal terbang.. Berbaloi-baloi.. :D
Hello Dato' Sani... Teringat kumpulan impression!
p/s: tapi yang tak best pemandu bas Sani ni tak mesra penumpang. Orang tanya baik-baik jawab macam nak tak nak je. Tak tau la mungkin bas yang saya naik tu je kot..
Thanks for reading!










0 pengkritik:
Post a Comment