Salam..
Zaman sekarang ni ramai betul orang yang suka buat fake profile dekat FB. Yes FB @ Facebook.... Bajet orang tak tau lak FB tu apa. Hoho! Semestinya orang yang di'fake'kan wajahnya di facebook tu akan bengang kan. Kalau jadi kat saya pun saya bengang tapi ada sikit-sikit rasa bangga sebab ada jugak peminat rupanya aku ni sampai ada orang nak guna gambar aku mengaku diri dia. Ahakz! *Sila jangan tiru aksi ini*
Tapi pada saya selagi orang tu tak menggunakan gambar saya untuk membuat onar atau benda-benda jahat saya masih boleh pertimbangkan kot. Tapi tetap akan tegur secara baik sebab dia dah menggunakan gambar saya tanpa kebenaran. Mungkin dia budak sekolah yang perlukan perhatian dan kurang kasih sayang. Meh nak bagi sikit kasih sayang sikit meh. Olo bucuk2.....!
Tapi sebelum si mangsa nak marah atau melenting atau apa sekali pun perkataan yang sewaktu dengannya pernah tak si mangsa fikir sejenak punca bagaimana orang boleh ambil gambar anda sesuka hati?
Pernah tak nampak fake profile FB yang guna gambar macam ni mengaku diri sendiri jaja sana sini?
Tak pernah kan...
Pernah tak jumpa fake profile FB yang letak gambar macam ni mengaku diri sendiri dan jaja sana sini?
FL pinjam gambar sat na... *motif watermark itu?
Pernah kan...
So kesimpulannya faker-faker ni semua mencari gambar orang yang comel-comel, cantik-cantik, cun-cun stok sekali post status berebut-rebut orang nak like dan komen. Wow!
Jadi cara mengatasinya tak payahla nak publish sana sini gambar-gambar anda yang cun-cun tu semua di laman sosial ni. Pergi dating upload gambar, pergi makan upload gambar, pergi tido upload gambar, pergi toilet upload gambar bla3... Kejap-kejap dekat FB, kejap-kejap dekat blog. Orang yang mula-mula minat kau pun lama-lama jadi meluat sebab kau selalu sangat publish gambar cun kau tanpa tujuan khusus. Sila kaji semula tujuan kau upload gambar tu. Semua orang dah tau kau tu cantik menarik tertarik. Apa lagi yang kau nak?
Sedarkah anda gambar cun anda mampu membuat orang 'geram'! Adik sekolah SKZX pun berkata: "Aku pun nak jadi macam dia.. Save gambar die la!" Tak sampai seminit dah wujud 1 profile FB dengan gambar tersebut dan mengaku itu adalah dia. Hebat!
Yang peliknya, sekali dah terkena dengan faker tapi buat jugak publish gambar tanpa tujuan. Lepas tu nanti bising-bising lagi ada orang guna gambar die buat fake profile bla3.... Hurghhhh! Tak paham betol aku dengan depa ni. Bersyukurlah dengan kurniaan Allah.. Simpan je wajah , tak kira cantik ke tak cantik ke buat tatapan sang suami masa akan datang. Cewah!
Jangan marah kalau ada orang guna gambar anda sebab anda sendiri yang bagi gambar anda buat tatapan semua orang. Sama lah macam situasi dimana lelaki menyalahkan wanita kerana berpakaian seksi meyebabkan lelaki tak dapat mengawal nafsu dan terjadinya kejadian rogol. What you give you get back. Hahaha..Tetiba~ Belasah jela.. Larikkkk!
p/s: Jemput datang blogshop baru saya :) SINI











4 pengkritik:
Biar la dorang... Kalau dah itu yang dorang suka, kann...
:)
salam
kepada awek2 semua hati2 kalau upload gambar anda di fb sekarang ada pihak lain amik kesempatan.. Naim ada tulis entry pasal ini
http://pemudattbc.blogspot.com/2011/10/gambar-anda-telah-di-sabotaj-benarkah.html
cantik2 cake ko teha!
fitnah terbesar bg kaum lelaki adalah org pempuan...bahaye2
Post a Comment