Kenapa tak bagitau ada fesyen tudung terbaru ni?! Ni yang geram ni... Cun gile kot? Kot kot jela... Hakikatnya macam hagham habaq hang! Panas hati saya tengok makcik ni pakai tudung. Makcik saya nasihatkan makcik, makcik buang jelah tudung tu.
Fesyen apakah ini???
Saya sangat-sangat 'wonder' apa tujuan makcik pakai tudung tu sebenarnya. Adakah sebab kepala makcik botak di tengah? Adakah rambut makcik banyak uban? Atau makcik ada masalah rambut gugur tahap kritikal?
Pakai tudung setakat nak bungkus kepala then dedahkan tempat yang patut ditutup oleh tudung for what reason? OMG.... Tension saya dibuatnya bila belek-belek majalah 'tettt' nampak gambar makcik ni pakai tudung macam ni. Merosakkan fesyen betul! There's so many hijab's fashion disaster out there.
Allah berfirman: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman…hendaklah mereka menutup belahan dadanya dengan tudung kepala mereka.” [Sebahagian dari ayat 31 surah al-Nur]
Berdasarkan ayat ini, maka memakai tudung bukan sekadar untuk menutup kepala dan rambut, tetapi hendaklah dilabuhkan ke hadapan sehingga menutup buah dada mereka. “Belahan dada” yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah bentuk V yang terletak di antara buah dada. Ini adalah kawasan yang paling kerap didedahkan oleh fesyen pakaian wanita, padahal inilah kawasan yang sepatutnya ditutup dengan pakaian, kemudian ditutup lagi dengan kain tudung.
Ada pun fesyen tudung mini yang tidak sampai menutup buah dada atau tudung yang diikat ke belakang kepala, leher atau bahu, ia tidak betul mengikut syari’at Islam. Selain itu tudung yang nipis dan tudung yang dipakai untuk menunjuk-nunjuk juga tidak betul mengikut syari’at Islam.
Betulkanlah niat bertudung itu sendiri ye kawan-kawan. Bertudung bukan untuk berfesyen semata-mata tapi sebagai memenuhi tuntutan setiap muslimah islam. Pakai tudung bukan untuk pergi kelas CTU (kod subjek agama islam) atau bila berada di negeri kelantan atau pergi menghadiri majlis konvokesyen di UIA sahaja tapi pakailah sampai bila-bila.
Memang tak faham dengan sesetengah gadis manis yang pergi kelas pakai tudung litup manis ayu kemain. Tapi bila keluar dari kelas tak sampai 5 minit tiba-tiba tudungnya tah ke mana, menampakkan rambutnya yang baru je rebonding dan blonde bagai sampai habis RM300 semalam dekat saloon Chinta. Lepas tu siap pakai hot pants paras suku peha (erk, boleh paham tak cemane?) dengan singlet halus keluar beriadah dengan senang hati di khalayak ramai tanpa rasa malu atau segan silu. Oh saya sangat tidak faham dengan gadis manis yang begini. Bukan nak mengutuk atau mengata tapi terfikir sejenak apakah pemahaman mereka tentang tudung yang mereka pakai untuk ke kelas.
"Pakai tudung pegi kelas sebab nak keberkatan pelajaran yang dipelajari pada hari itu."
Ye memang tak dinafikan memang ada yang berfikiran macam ni tau. It's true i bet you.. Korang agak-agak dapat tak keberkatan tu? Apa-apa pun marilah sama-sama kita perbaiki diri kita yang serba kekurangan dan serba lalai ni. Dunia ini hanya pinjaman. Akhirat jua yang nyata. Wallahualam~









15 pengkritik:
Ni pesen dulu2 ni.. Dorang nak kembali ke zaman tu agaknya...
x wajib pakai tudung sbnrnye... tp wajib menutup aurat...
huuu i loikkeee this entry :))
baik tak payah pakai tudung .. memalukan je ..
@[k]o{q}i[n] oit ayie, konpius jap dgn ayt ko ni.abes tu kalo x tutup aurat tu dgn benda bernama TUDUNG nak tutup dgn apa lg? sama jela tu.tujuan pakai tudung adalah untuk menutup aurat yg wajib ditutup.automatically bertudung itu jadi wajib la jgk.tol x?
alang2 nak pakai tudung, pakai lah mengikut syariat.jangan sebab nk cantik je :)
sementelah berblogwalking, terjumpa entri ini. good point, kena beza pengertian bertudung dan tutup aurat.
http://suaraserak.blogspot.com/2011/12/antara-yuna-hana-tajima-dan-wanita.html
speechlesss...erkkk
setuju sangat.. skrg ni student IPT kebanyakkan pakai tudung sbb na ke kelas aje, malu dgn lect n mudah serap ilmu kononnya. bukan sbb tuntutan agama
kat mana erk aurat dia tu.. setakat tutup rambut apa yg nak bangga ngan fesyen gitu.. dah le nampak hidih.. ke ni fesyen buat sapa2 nak peraga rantai yang mahal2... huhuhuhu
banyak terjumpa orang yang pakai tudung camni.. majoriti semua yang dah kahwin dan beranak pinak.. ada yang sampai nampak belahan dada lagi.. tak faham kenapa dorang pakai camtu
dia tak mampu nak beli tudung.. positif la kan.. jadi dia tak bersalah sebenarnya..hahahahahaha
Salam...memakai tudung bukan wajib tp menutup aurat adalah perkara wajip...spt gmbr dlm blog nie...itu bkn menutup aurat ttp hnya memakai tudung..so yg wajip adalah menutup aurat..klau pakai skaf skalipun asalkn menutup keseluruhan aurat itu baru lah namanya menunaikan kewajipan menutup aurat...
ada lecturer kt fakulti kite pakai tudung cam dlm gmbr tu. dak laki kelas kite semua belajar sambil sengih2 je kalau lecturer tu ajar. haishhhh. kitorng yg gegel ni jugak yang malu2 (-.-")
pakai tudung ikut niat, klau bkn niat tutup aurat atw kerana ALLAH, baik xpayah..hik3
Post a Comment