Lagi satu paper untuk diselesaikan. Tak sabar nak habis nak balik rumah nak bebas dari tittle seorang pelajar. huhu! Btw semalam saya berasa sangat sedih dan kecewa dan dengan seorang blogger cantik yang saya sangat kagumi. Ternyata kecantikan yang dimiliki tidaklah secantik budi pekerti empunya diri. Bila kita disanjung, ditatang, diikuti ramai maka perasaan meninggi diri dan sombong itu pasti akan tumbuh juga dalam jiwa insan bergelar manusia.
Kekaguman saya terhadap kecantikan beliau siap saya luahkan untuk dikongsi bersama teman-teman blogger di dalam entry 'I am so proud of their beautiness'. Tapi tiada guna jika anda mencari entry itu di dalam blog ini sekarang sebab saya telah membuangnya dari senarai orang yang saya kagumi. Childish kan saya? Biar apa orang nak kata tapi ternyata hilang sudah 'respek' saya terhadap blogger yang menjalankan bisnes tudung itu.
Ikutkan hati yang emosi nak saja remove dia sebagai friend di dalam Facebook tapi tak tergamak melakukan itu. Andai kata saya melakukan kesilapan sekalipun, salahkah sekiranya beliau menegur dengan baik secara peribadi bukan dengan cara memalukan saya kepada rakan-rakan dan pengikut setianya. Sakit dan sedihnya hati ini Tuhan saja yang tau. Air mata bergenang bila membaca setiap kata-kata sindiran dan kutukan beliau dan rakan-rakan terhadap saya.
Salahkah sekiranya beliau menegur dengan baik andaikata beliau tidak senang dengan kehadiran saya di wall Facebook beliau.? Bila saya inbox memohon maaf sepatah respon adatau balasan pun diterima dari beliau. Adakah sungguh rendah martabat orang yang tiada rupa dan tiada pengaruh yang bukanlah sesiapa di mata orang ramai. Terasa sia-sia saya mengangkat beliau di entry tersebut.
Tidakkah beliau sedar berkembangnya perniagaan beliau, ramainya kenalan beliau mungkin sedikit sebanyak datang dari entry yang saya buat tu? Bukan hendak perasan atau riak, tapi secara hakikatnya entry itu sendiri mendapat antara paling ramai viewer berbanding entry-entry lain. Ye mungkin beliau sendiri tidak mengambil kisah itu semua kerana saya bukanlah siapa-siapa, tidak cantik dan juga popular. Tidak guna lagi kita mengangkat orang yang tidak menghargai kita mahupun menganggap kita sebagai kawan walaupun hanya di Facebook.
Banyak persoalan yang bermain di fikiran saya terhadap blogger tersebut. Tapi biarlah ia hanya bermain di fikiran. Tapi hati yang sakit dan kecewa ni hanya Tuhan yang tau. Ingatlah kita semua rezeki di dunia ini hanyalah pinjaman, tak perlu takut rezeki itu hilang dicantas orang lain. Tapi saling bantu membantu dan bersaing secara sihat. Bukan saling menjatuhkan... Wallahualam~
Thanks for reading!









14 pengkritik:
yunk...jgn sedih2 yer..sabar k...:))
Setakat ni blogger yg popular bg akak cuma Hanis Zulaikha dengan Zack Zukhairi je..
Biar je dia Teha... Lambat laun nanti dia sedar la salah silap dia tu.. Maafkan aje dia.. :-)
Jangan risau Teha, hilang satu kawan tapi BroZooL masih ada di sini..=)
sabar lah ye..nasib wan nie tak jual tudung..ahhaha...biasalah tu manusia sering kali khilaf dan kadang2 hasutan syaitan tu yang membarakn lagi sikap tak bertanggung jawab manusia..
Wan jarang nak komen entri orang kecuali yang penting2 je..Bila wan baca keluhan dari teha nie terasa diri dipnggil je nak komen kat sini..masa tengok update teha kat dashboard tu pun terus je klik sini..
setiap yang berlaku tu ada hikmah nye..Wan cuma mampu cakap bersabar je..Walaupun masih byk rasa duka yang teha rasakan..Menang payah nak ditelan..biarlah dikunyah lumat agar bisa kita hadam..dan terima lah nikmat yakni hikmah dari semuanya nanti..
Jangan risau tak semua blogger popular macam tu.. ada lagi yang ok..Banyak lagi blogger yang nak berkawan dengan teha..
"Adakah sungguh rendah martabat orang yang tiada rupa dan tiada pengaruh yang bukanlah sesiapa di mata orang ramai."
biar rendah dimata orang ramai tapi tinggi dimata Allah..
peace...
Assalamualaikum..
Wan hazel tetap follow blog teha..masih disini..dont wowie k..
terima kasih semua atas support yg diberi..semoga Tuhan merahmati kalian semua :)
@Wan_hazel terima kasih byk2 wan..terharu baca komen wan ni.thanks sgt2! semoga wan terus maju jaya :)
biar je teha.. kadang2 susah kita nak nilai orang... popular tu tak semestinya dia ok.. kadang2 penulisan sedap dibaca namun diluar dia kureng.. banyak lagi blogger yang sudi berkawan.. jangan risau.. hilang satu datang beribu...
jgn sdh2...ala...biasalah..semalam pun naj adee tego sorg blogger popular....cantik sgt2...skali naj tnye something...trus tak lyn...ala fsl blog jg...nak jg stdy skit2 fsl blog...da tu...buat entry plak kat blog...terasa juga la... btw...don't b sad :)
la takhzan..sabar ye =)
BE STRONG GIRL ! :)
addeihh, sya jual barang online gak, jngan mrah sya (ok, bajet blogger fofuler)...;) Anyway, be cool & stay strong, lambat laun pasti smua ok. Hilang satu di sisi, rmai lagi setia di sini
dont cry cry ! saya pon pernah rasa macam akak . tapi lupakan saja .
Sabar yer Teha, lupakan jer perkara ni... lagipun dia bkn penting pun kan? daripada kita dok sedey2 psl org macam tu, baik kita buat dunno jer.. :)
Post a Comment