Tuesday, November 6, 2018

Backpacker Trip Bangkok 2018 - Day 1 (part 2)

Salam..

Berpeluh ek nak tulis blog travel ni. Trip dah berlalu lama tapi baru nak tulis haha.. Ok la kita sambung je mana yang kita ingat. Enjoy jela ye sape yang nak baca. Harap bermanfaat..

Ok sampai MBK terus pegi yana restaurant untuk dinner. Kitorang order tomyam, ikan siakap sweet sour, kerabu mangga..harga 1000 baht lebih tak silap. Tapi memang puas hati sangat. Sedap gila!!
Cuma yang tak best masa tu kepala saya sakit sangat perut macam mausk angin nak terkeluar balik rasa semua makanan yang dimakan. Mungkin sebab penat kot. Lepas makan kat yana terus balik cari hostel naik teksi.

Nak ke yana tu senang je. Pergi tingkat 5 pastu dekat lantai ada arrow direction nak ke yana. Depan yana ada foodcourt tapi tak sempat masuk ushar2 apa yang ada sebab dah sakit kepala dan loya sangat. Rasa nak cari katil je.

Nak naik teksi pergi kat bawah sekali ada direction tempat tunggu teksi/tuktuk. Ambik no giliran pastu tunggu la turn kau sampai baru boleh naik teksi. Bagus diorang buat macam tu takde la orang takde sivik yang potong que. 

Perjalan nak cari hostel Glur Central Pratunam boleh tahan pening gak driver teksi ni nak cari. Sebab tempat dia kat dalam tempat parking gitu. Kena masuk dalam tu baru jumpe hostel tu. Dah sampai check in bilik yang kami dah booked. Mula2 ambik bilik dorm 4 orang dengan share bathroom sebab yang tu paling murah dekat traveloka. Nak jimat punya pasal kan hahaha..tapi malangnya bilik tu sangat la sempit! Memang tempat untuk tido jela kalau nak solat ke apa memang takde ruang. 

Dah la kitorang dapat katil atas. Tqah tak boleh katil atas dia gayat. Tapi jangankan tqah gayat aku nak naik atas pun jenuh nak memanjat sebab tangga dia ish tau nak cakap macam mana. Dengan sempit dan boleh tahan tinggi. Lepas tu tqah decide nak tukar bilik sebab macam kennot go je duduk bilik tu. Sempat jugak la kitorang makan buah jap atas katil tu rehat kan badan kejap. Bila pening dah ok sikit pastu kami turun reception tanya bilik lain atau katil yang bawah. Tapi takde semua penuh!

Yang ada cuma bilik private ada bilik air dalm bilik. Tapi kena tambah duit sikit la. Haaa lagi bagus la macam tu. Takde pilihan ambik jela daripada duduk bilik yang sempit ittewww. Alhamdulillah selesa sangat bilik tu. Kitorang pun angkut luggage semua pindah bilik. Otw nak pindah tu jumpa jiran minah salleh melintas ke toilet dekat bilik lama dengan pakai bra je huhu..diorang takpela tak kisah. Memang bilik tu dah terbaik dah untuk bajet trip. Tapi untuk kita yang nak solat bagai ni susahla sikit. Dpan tu pulak bilik laki. Hmmm.. So moralnya kalau nak pilih penempatan tu pilih la yang selesa dan berpatutan jangan tengok murah je! Pengajaran di situ hahah

Dan malam tu kami pun tido dengan selesa. Bilik ni dapat sekali breakfast special. Esok pagi pegi breakfast diorang bagi nasi ayam masak apa tah. Tapi aku macam tak berselera sangat nak makan ayam dia tqah yang habiskan haha. Tapi nasi dia sedap wangi.. thailand kan pengeluar beras. Sebab tu nasi dia sedap kot. Ok tu jela hari pertama di bangkok. Enjoy sikit gambar yang sempat snap. Hihi.. second day bakal menyusul...

 
Ikan siakap sweet sour yana restaurant

Tomyam kick sedap tak tau nak cakap camne. Pure habis!


Kerabu mangga sama je macam kerabu lain. Okla..

Ni je menu kitorang order tapi kenyang tak hengat


Ni la nasi ayam dia bagi untuk breaksfast. Halal katanya.. 


 Klik sini untuk pevious post
Intro : Intro
Day 1 : Day 1 part 1



Thanks for reading!

0 pengkritik: